Pages

Saturday 11 February 2012

Homeschool Journal February: Week #5

(Malay entry)
Tema: Space and Planets
Fokus: Planets
Reading: Word Family ap
Numbers: tens (10-100)
Huruf: al-furqan pg21
Surah: al-ikhlas

Alhamdulillah minggu ni kita beralih ke tema baru, Space and Planets. Fokus ialah kepada pengenalan 'planets'. Pada mulanya memang bingung sekejap, berapa planet sebenarnya yang ada. Sebab Mama pernah dengar dulu yang Pluto bukan dikira sebagai planet. Tapi bila buat research sikit, yang up-to-date ni, memang ada 9 planets termasuk Pluto. Dah dikira semula sebagai planet walaupun ianya lebih kepada "dwarf planet". 

Tapi minggu ni setakat intro saja. Memang klau nak homeschooling, sebenarnya jadual dan 'lesson plan' mestilah disediakan terlebih dahulu, sama saje mcm guru2 kat sekolah. Klau tak, mcm Mama minggu ni masa terbuang mcm tu saje, sebab tak banyak yang dapat 'cover' bila tak plan dahulu. 

So kebanyakan masa Kakak, dihabiskan dengan buat latihan dalam buku yang Mama beli dulu, Kindergarten Workbook. Alhamdulillah, minggu ni plak memang Kakak kemaruk nak menulis. Hari2 dengan pen dan notebook, tulis nombor, tulis abjad. 
  

Boleh lah tahan jugak, tulisan Kakak boleh dibaca. Dan alhamdulillah sekarang ni dah boleh tulis 1-10 tanpa dibantu.

Untuk abjad, masih ade yang terbalik2. Dan Kakak juga dah boleh lukis 'star' sendiri.
Nak ajar Kakak ni, memang perlukan kesabaran yang lebih sikit. Dia ni mudah rasa 'frustrated' bila sesuatu perkara yang dibuat tak seperti yang diharap. Kadang bila main pun mcm tu jgak, contoh klau main baling bola, dia tak dpt tangkap atau Mama tak dapat tangkap, pun boleh mengamuk! Klau baca Furqan, terjumpa huruf yang dia lupa atau tak tahu pun boleh mengamuk! 


Kadang2 (selalu pun) menyirap jugak tengok perangai mcm tu. Sabar jelah. Yang Mama boleh buat ialah pesan, pesan dan pesan dan doa semoga Kakak menjadi anak yang baik dan solehah, amin. Pin It

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...