Pages

Wednesday, 22 February 2012

Chef Kecik : Banana Ball

Kakak memang minat sangat masak2 ni. Klau boleh hari2 nak buat cake lah, pancake lah. Klau Mama masak, Kakaklah yang tolong Mama sukatkan beras sekarang ni. Excited sangat! 

Adik pun memang copycat. Semua yang Kakak buat, dia nak buat jugak. Jadi sama2lah dua2 tu menyibuk kat dapur, siap tarik kerusi semua nak get better view.

Sebenarnya memang banyak 'akitviti' mudah dan selamat yang anak2 boleh bantu di dapur.Kadang2 mereka ni tak perlu pun mainan2 yang mahal untuk digembirakan. Cuba minta tolong mereka untuk siapkan sesuatu, walaupun perkara yang amat simple pada kita, tetapi mereka pasti teruja dan bila selesai, lihat riak wajah mereka, pasti penuh bangga dan gembira. 

Seperti aktiviti mengupas telur. 


sungguh tekun!


Bermain dengan kulit telur. Aktiviti 'sensorial', jangan lupa boleh diselitkan juga dengan pebelajaran, seperti menerangkan yang ini 'hard' atau 'soft' dan sebagainya.

Kami juga ada membuat 'banana ball' yang sebenarnya adalah jemput2 pisang biasa saja. Memang favourite Kakak dan Adik.
menuggu arahan...




Of course lah Mama yang goreng, belum masanya lagi nak suruh Kakak handle minyak panas.
Mudah tetapi menyeronokkan! (cuma yang tak seronok sangat tu part nak kemas lah) Pin It

Thursday, 16 February 2012

Our theme wall - Planets and rocket


So minggu lepas Mama and the girls dah buat 'sign' untuk wall kita yang bertemakan Space and Planets. Baru minggu ni berkesempatan nak sambung penuhkan wall tema kami dengan planets!

Barang2 yang diperlukan:
Pinggan kertas 10x
Kertas suratkhabar
Paints (Kita gunakan tempera paint, best dan murah) 
Warna yang digunakan: Biru, Hijau, Hitam, Putih, Coklat, Kuning dan Oren.
Kad2 atau sebarang gambar dan info tentang planet. Mama dapatkan di sini.
Masking tape


1. Gunting pinggan kertas mengikut saiz planet. (Jangan lupa simpan lebihan untuk gegelang Saturn)

2. Renyukkan kertas2 suratkhabar menjadi bola

 3. Susun di atas pinggan kertas dan balut semua bahagian dengan masking tape.

4. Dan akhir sekali, warnakan! Gunakan kreativiti dan gambar rujukan untuk pilihan warna.

Tadaa!



Malam tu pulak Kakak nak sangat buat roket, sebab Mama dah cakap lepas ni roket plak...so tu yang tak sabar2 nak buat.

Google je 'rocket template', dan pilih yang berkenan. Kemudian besarkan di sini. Gunting dan tampal di atas cardboard.

Kemudian gunting lagi, dan warna! Jangan lupa tampalkan kertas tisu merah yang dicarik di bawah sebagai 'api'

Hasilnya!

 Memang klau ditanya Kakak, "What do you want to be when you grow up?"
Salah satunya ialah "Astronaut!"
(salah satu, sbb memang panjang list cita2 Kakak)

InsyaAllah!
Pin It

Monday, 13 February 2012

Rezeki...


Alhamdulillah!

THANK YOU to Mummy's Review for this awesome giveaway! 

Semoga bermanfaat untuk Mama dan anak2, insyaAllah!
Pin It

Saturday, 11 February 2012

Homeschool Journal February: Week #5

(Malay entry)
Tema: Space and Planets
Fokus: Planets
Reading: Word Family ap
Numbers: tens (10-100)
Huruf: al-furqan pg21
Surah: al-ikhlas

Alhamdulillah minggu ni kita beralih ke tema baru, Space and Planets. Fokus ialah kepada pengenalan 'planets'. Pada mulanya memang bingung sekejap, berapa planet sebenarnya yang ada. Sebab Mama pernah dengar dulu yang Pluto bukan dikira sebagai planet. Tapi bila buat research sikit, yang up-to-date ni, memang ada 9 planets termasuk Pluto. Dah dikira semula sebagai planet walaupun ianya lebih kepada "dwarf planet". 

Tapi minggu ni setakat intro saja. Memang klau nak homeschooling, sebenarnya jadual dan 'lesson plan' mestilah disediakan terlebih dahulu, sama saje mcm guru2 kat sekolah. Klau tak, mcm Mama minggu ni masa terbuang mcm tu saje, sebab tak banyak yang dapat 'cover' bila tak plan dahulu. 

So kebanyakan masa Kakak, dihabiskan dengan buat latihan dalam buku yang Mama beli dulu, Kindergarten Workbook. Alhamdulillah, minggu ni plak memang Kakak kemaruk nak menulis. Hari2 dengan pen dan notebook, tulis nombor, tulis abjad. 
  

Boleh lah tahan jugak, tulisan Kakak boleh dibaca. Dan alhamdulillah sekarang ni dah boleh tulis 1-10 tanpa dibantu.

Untuk abjad, masih ade yang terbalik2. Dan Kakak juga dah boleh lukis 'star' sendiri.
Nak ajar Kakak ni, memang perlukan kesabaran yang lebih sikit. Dia ni mudah rasa 'frustrated' bila sesuatu perkara yang dibuat tak seperti yang diharap. Kadang bila main pun mcm tu jgak, contoh klau main baling bola, dia tak dpt tangkap atau Mama tak dapat tangkap, pun boleh mengamuk! Klau baca Furqan, terjumpa huruf yang dia lupa atau tak tahu pun boleh mengamuk! 


Kadang2 (selalu pun) menyirap jugak tengok perangai mcm tu. Sabar jelah. Yang Mama boleh buat ialah pesan, pesan dan pesan dan doa semoga Kakak menjadi anak yang baik dan solehah, amin. Pin It

Friday, 10 February 2012

'Lapbook' pertama!

Alhamdulillah akhirnya terbuat jugak lapbook. Actually dah buat dari minggu lepas, cuma blum berkesempatan nak kongsi.  

Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu, 'lapbook' ini adalah kompilasi fakta tentang sesebuah topik yang dipelajari. Ia dimuatkan dengan cara yang menarik dan mungkin 'interaktif' di dalam sebuah fail. Ia boleh di jadikan rujukan oleh pelajar pada masa hadapan. Klau nak tahu lebih, google je senang. 

Mama dapatkan isi untuk lapbook kami kali ini di sini, tapi tak semua yang Mama ambil. Cuma yang rasa sesuai untuk Kakak dan apa yang kami dah belajar untuk topik ini, iaitu 'All about Me!'. Ada jugak yang Mama reka2 sendiri. 
  
Cover depan yang ala kadar, sbb Kakak memang tak berapa minat untuk colour, die lebih minat nak gunting saja. 
Fail ni sebenarnya adalah 'pocket folder', tapi Mama gunting kan untuk lapbook, so sbb tu bila bukak ade flap kecil ni. So kat sini, Mama terfikir idea nak buat mcm cermin muka. And bila bukak 'cermin',  nampaklah muka seorang 'princess' perasan.

Nilah isi kandungannya.
Yang part muka tu, Mama pandai2 sendiri. Google image, lps tu print out dan letakkan velcros di tempat2 tertentu. Jadilah interaktif skit. Mmg klakar sgt bile adik yang try buat, sbb die lekat je bahagian2 muke tu ikut suke die. Jadilah mulut kat tpt telinga, hidung kat mulut, tp mmg ni lah favourite die.   



Label English dan Arab. Tp Arab sekadar intro saja. So bukan Kakak hafal pun sume tu.









Kesemua bahan2 diatas, telah digunting, diwarna, digam dan ditulis oleh Kakak sendiri dengan sedikit bantuan Mama, alhamdulillah. Pin It

Saturday, 4 February 2012

Our theme wall - Art with a bottle scrub


Our theme for this month is Space and Planets! 

I am still in the midst of preparing our wall. So this was our first project. Making the sign.

We started of with a piece of black paper.


Over a garbage bag. This one's gonna be messy!


But first, not without some interruption from Adik. Scooting off with the plastic, and what would take me just seconds to prepare, ended up in minutes of trying to catch her and coax her into giving it back. I have to admit defeat at last and cut another bag. 


Pasted the letters and some planets. If you notice the finished product, you might not see any planets at all. They actually became soggy from the paint and scrubbing and disappeared. So was the some of the letters actually, but I repainted them back with black markers.


Next, I prepared the colours, tempera paints diluted with a bit of water. And of course the bottle scrubs! 

Now the fun begins!


Spraying all the colours...even Adik was sprayed on to!



I told you its gonna be messy! But didn't Kakak look like she was having a blast! Adik was having lots of fun too! She even left her footprints on it. But since she was 'topless', no pics of her here.


After it dried a little, we put on some star glitters! Then I peeled off the letters.

But I had to make over it a bit, as some of the letters weren't visible as mentioned. We left it to dry overnight.


And when morning came, they were truly excited to see it pasted on the wall with the glow in the dark stars and planets. Alhamdulillah!

Linking up:

Pin It

Friday, 3 February 2012

Letter Craft - M monster


This week we only did one letter craft. Maybe because of the not so good start of the week. I was feeling down and tired. 

Kakak was thrilled when I told her we were going to make letter M as monster. 

Colouring her M with of course pink!
Then its lego stamping for added texture
Stamping away

This week she was very keen in cutting. She did a LOT of cuttings and its getting better alhamdulillah.
After cutting the M, paste it on a coloured card paper. Paste on the additional features, we did the feet and eyes. I taped the eyes on the pipe cleaners so it has a pop out effect.

So that was it! Our simple letter M craft. Pin It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...