Pages

Thursday, 2 February 2012

We did Tangled!

(Malay entry)

Kali ni Mama nak cuba menulis entry di dalam Bahasa Melayu pulak. Tapi bukanlah yang formal pun. Saje tukar2 angin. (Mmg angin time2 pregnant ni susah nak di ramal, kejap2 ok, kejap2 emo, kejap2 melenting)

So kebiasaannya homeschool akan dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat saje. Itupun kalau cuti umum, kita pun cutilah jugak. Tapi pada hari Ahad lepas, disebabkan kebosanan duduk di rumah agaknya, Kakak meminta untuk melakukan kerja sekolah. Ayat yang biasa digunakan:

"Mama, Yaya nak school now, please!"

So Mama pun berhempas pulas lah memikirkan aktiviti spontan yang boleh dilakukan (padahal takdelah susah sangat pun, google saje banyak ade, lebih2 lagi dengan Pinterest sekarang.). Seperti yang Mama jumpa di Pinterest minggu lepas, ada seorang Mummy yang membuat printables bertajuk Tangled dan dikongsikan percuma kepada yang minat. 

Siapakah lagi yang die-hard fan Tangled ni, klau bukan Kakak yang berambut panjang serabai tak mahu diikat apatah lagi dipotong. Tak terkira dah berapa kali DVD Tangled dimainkan sampai rosak. 

Kalau nak cuba, klik gambar di atas.
Antara aktiviti yang di lakukan. Mama cuma print apa yang Mama rasa sesuai untuk Kakak. Adik pun mesti nak sibuk jugak.
Alhamdulillah, nampak saje gambar Rapunzel, memang berkobar2 Kakak nak buat. Adelah jugak mengamuk sekejap sebab tak dapat nak selesaikan maze kedua yang susah sikit tu. Memang nak kene buat practice maze lebih masa akan datang ni, insyaAllah. Pin It

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...