Pages

Friday 10 February 2012

'Lapbook' pertama!

Alhamdulillah akhirnya terbuat jugak lapbook. Actually dah buat dari minggu lepas, cuma blum berkesempatan nak kongsi.  

Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu, 'lapbook' ini adalah kompilasi fakta tentang sesebuah topik yang dipelajari. Ia dimuatkan dengan cara yang menarik dan mungkin 'interaktif' di dalam sebuah fail. Ia boleh di jadikan rujukan oleh pelajar pada masa hadapan. Klau nak tahu lebih, google je senang. 

Mama dapatkan isi untuk lapbook kami kali ini di sini, tapi tak semua yang Mama ambil. Cuma yang rasa sesuai untuk Kakak dan apa yang kami dah belajar untuk topik ini, iaitu 'All about Me!'. Ada jugak yang Mama reka2 sendiri. 
  
Cover depan yang ala kadar, sbb Kakak memang tak berapa minat untuk colour, die lebih minat nak gunting saja. 
Fail ni sebenarnya adalah 'pocket folder', tapi Mama gunting kan untuk lapbook, so sbb tu bila bukak ade flap kecil ni. So kat sini, Mama terfikir idea nak buat mcm cermin muka. And bila bukak 'cermin',  nampaklah muka seorang 'princess' perasan.

Nilah isi kandungannya.
Yang part muka tu, Mama pandai2 sendiri. Google image, lps tu print out dan letakkan velcros di tempat2 tertentu. Jadilah interaktif skit. Mmg klakar sgt bile adik yang try buat, sbb die lekat je bahagian2 muke tu ikut suke die. Jadilah mulut kat tpt telinga, hidung kat mulut, tp mmg ni lah favourite die.   



Label English dan Arab. Tp Arab sekadar intro saja. So bukan Kakak hafal pun sume tu.









Kesemua bahan2 diatas, telah digunting, diwarna, digam dan ditulis oleh Kakak sendiri dengan sedikit bantuan Mama, alhamdulillah. Pin It

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...