Thursday, 16 February 2012

Our theme wall - Planets and rocket


So minggu lepas Mama and the girls dah buat 'sign' untuk wall kita yang bertemakan Space and Planets. Baru minggu ni berkesempatan nak sambung penuhkan wall tema kami dengan planets!

Barang2 yang diperlukan:
Pinggan kertas 10x
Kertas suratkhabar
Paints (Kita gunakan tempera paint, best dan murah) 
Warna yang digunakan: Biru, Hijau, Hitam, Putih, Coklat, Kuning dan Oren.
Kad2 atau sebarang gambar dan info tentang planet. Mama dapatkan di sini.
Masking tape


1. Gunting pinggan kertas mengikut saiz planet. (Jangan lupa simpan lebihan untuk gegelang Saturn)

2. Renyukkan kertas2 suratkhabar menjadi bola

 3. Susun di atas pinggan kertas dan balut semua bahagian dengan masking tape.

4. Dan akhir sekali, warnakan! Gunakan kreativiti dan gambar rujukan untuk pilihan warna.

Tadaa!



Malam tu pulak Kakak nak sangat buat roket, sebab Mama dah cakap lepas ni roket plak...so tu yang tak sabar2 nak buat.

Google je 'rocket template', dan pilih yang berkenan. Kemudian besarkan di sini. Gunting dan tampal di atas cardboard.

Kemudian gunting lagi, dan warna! Jangan lupa tampalkan kertas tisu merah yang dicarik di bawah sebagai 'api'

Hasilnya!

 Memang klau ditanya Kakak, "What do you want to be when you grow up?"
Salah satunya ialah "Astronaut!"
(salah satu, sbb memang panjang list cita2 Kakak)

InsyaAllah!
Pin It

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...